CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 24, 2011

Dapat Alat Pendengaran Percuma Di Ipoh Dan Seronok Di Cameron Highland

Pada hari Khamis, kita didapti tahu berita dari facebook.. Berita tergempar itu adalah PDA di Ipoh akan buat program alat pendengaran percuma bagi orang kurang pendengaran hari Sabtu dan Ahad iaitu 22 OKT 2011 - 23 OKT 2011 bertempatan di YMCA IPOH.

Pada Jumaat iaitu 21 OKT 2011 pagi ini, kita kerja seperti biasa. Lepas ini, kita bincang pasal bajet di Ipoh selama 2 hari.. Kita tak masalah apa-apa yang ditinggalkan. Lepas habis kerja, kita balik dari kerja. Kita mengemaskan pakaian yang diperlukan dan barang-barangan keperluan untuk bermalam di sana.

Pada pukul 8 malam, kita nak pergi makan dulu. Tiba-tiba kawan suami Ezati yang hantar mesej pada suami Ezati. Kawan suami Ezati berkata "datang di rumah saya, saya ada hal nak bincang awak". Jadi suami Ezati nak pergi di rumah kawan suami Ezati. Kawan Ezati ada nak bincang suami Ezati. Ezati tak buat apa-apa dan hanya tengok orang bual... Kemudian ada orang dah di sini, Ezati borak kawan sampai pukul 10 malam. Kawan suami Ezati nak bincang utk pergi di IPOH. Dia nak ikut suami Ezati... Alamak.....

Kemudian, dia nak dapati alat pendengaran percuma. Jadi dia nak ikut kita pergi di IPOH dan nak lawatan di Ipoh. Jadi kita tak ada hak. hehehe...

Kita baru bertolak di Ipoh dari rumah kawan suami Ezati pada pukul 11.00 malam. Kita terus perjalanan ke Ipoh. Ezati tido di belakang kereta. Kemudian, suami nak bertukar kerana suami Ezati mengantuk. Kawan suami Ezati yang memandu kereta. Kita berada di Rawang. Tiba-tiba ada polis memeriksa di jalan ini, polis suruh kita berhenti di tepi jalan. Suami Ezati mengejutkan Ezati. Ezati terbangun dari tido.

Tanya, apasal polis nak jupe kita. Polis nak menyemak lesen dan kad pengenalan. Polis menyemak kereta ada insuran. Alamak, insuran kereta dah tarikh luput iaitu 10 SEPT 2011. Kita belum bayar.. Polis kena menulis saman untuk kereta. Tiba-tiba polis beri peluang kita boleh memandu. Tak payah saman. Alhamdulillah...

Kita rehat di tempat KFC, Tg Malim.. Kita nak kencing di tandas. Haha... Kemudian kita rehat di KFC sambil borak... Malangnya, KFC tak ad WIFI. Apa yang kita nak buat? Jadi kita terus pergi di Ipoh. Kita dah sampai di Ipoh pada pukul 5.30 pagi. Kita pergi di cafe computer. Kita nak main game dan tengok facebook. Belum sampai pukul 8 pagi.

Sampai 7.30 pagi, kita keluar dari cafe computer. Kita pergi di kedai makan untuk makan sarapan dan borak. Lepas ini, kita pergi di YMCA Ipoh. Di sana, orang sikit yang datang. Kita pergi daftar nama, alamat, dan kad pengenalan. Kemudian, beri orang menyemak telinga orang masing-masing supaya tengok keadaan telinga.

Kita kena tunggu dan ikut nombor bergilir-gilir. Sekarang nombor giliran punya Ezati dah sampai, Ezati pergi tempat kosong. Sukarela yang buat acuan telinga. Kita tunggu acuan telinga dah kering, baru keluar acuan telinga dari telinga. Kemudian, acuan telinga simpan di dalam plastik dan sukeralwan yang simpan. Dah habis buat, kita boleh balik. Masa sikit je..

Kita nak balik. Suami Ezati nak makan di restoran. Kita pun ikut suami Ezati.. Hehehe... Kita nak rehat dan makan di restoran. Kebetulan kawan suami Ezati belajar di Politeknik Ipoh datang di restoran. Hanya ada seseorang je yang datang. Kemudian ada 2 orang datang. Lagi tambah orang datang lagi. Lagi ramai datang di restoran kita. Ramai orang yang nak jupe suami Ezati. Malangnya, tak cukup duduk. Terpaksa, kita duduk sempit dan rapat. Kita makan tengah hari bersama-sama.

Suami Ezati bercadang nak berseronok di Pulau Pangkor untuk seronok berenang, berjalan-jalan, lawatan dan lain-lain. Jadi kita bertolak ke Pulau Pangkor. Tiba-tiba ada berlaku pada isteri kawan. Alamak, rancangan tak teratur. Isteri kawan yang ditinggal di jalan Nilai, Negeri Sembilan. Motor isteri kawan yang rosak. Dia kata dia tak jadi pergi seronok. Dia nak pergi layanan isteri dia. Jadi Kita hantar dia di bas station, Medan Gopeng, Ipoh.

Kita bertolak di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor tak jadi. Tiba-tiba, suami Ezati nak ikut Ezati pergi di Cameron Highland. Kita tengah perjalanan ke Cameron Highland. Tiba-tiba kawan yang hantar mesej pada suami Ezati. Dia kata tak jadi balik di Kuala Lumpur. Dia nak ikut kita pergi seronok di Cameron Highland. Alamak, jalan ini tak boleh patah balik kerana jalain ini sempit dan bahaya. Kita tak dapat patah balik dan ambik kawan.

Dia kata tak pe dan duduk di Mc'donalds. Kita dah sampai di Cameron Highland. Kita nak menempah bilik di hotel untuk bermalam dan berehat. Susahnya mencari hotel... Hotel itu dah memenuhi, orang pelanggan dah menempah bilik tidur di hotel.

Kita terus mencari hotel tempat lain. Kita memang penat dan mencari hotel. Akhirnya, kita dah dapati hotel. Kita terus menempah bilik tidur segera supaya bilik tidur tak habis. Alhamdulillah.... Kita dah dapati bilik tidur di hotel. Tdur denagn selesa dan nyaman dari cuaca sejuk. Bilik tidur tak ada air condition kerana tempat ini sangat sejuk.. Hotel dekat dengan hutan nyaman.

Pukul 7.30 malam, kita keluar dari bilik tidur. Kita nak jalan-jalan di pasar malam, Cameron Highland. Harga Cameron Highland murah dan menarik. Ramai orang suka tempat Cameron Highland. Kemudian, kita membeli makan barangan dari Cameron Highland.

Lepas pasar malam, kita balik hotel.. Kita dah penat memandu kereta memang jauh dan susah dapati hotel. Kita makan malam dan borak. Lepas ini, kita mandi masing-masing. Sejuk sangat lepas mandi. Ezati pakai baju tebal. Kita tengok tv bersama-sama. Tiba-tiba kita mengantuk. Kita tidur bersama-sama. Penat sangat...

Esok pagi ini, kita kena bersedia siap untuk keluar dan daftar keluar dari hotel. kita nak jalan-jalan di Cameron Highland. Mana tahu, kaunter belum buka lagi? Macam mana kita nak hantar kunci pada kaunter tu? Kita terpaksa bawak kunci dan jalan-jalan di Cameron Highland.
Kita nak mencari restoran untuk makan pagi. Kita makan bersama-sama.. lepas ini, kita pergi hotel tempat sama yang kita pernah tidur itu. Kita nak hantar kunci bilik tidur. Kaunter ini dah buka.

Akhirnya, kita terus pergi di tempat kilang teh. Teh ini diperbuat dari daun Cameron Highland. Kita harus tahu apa itu teh.. Baru2 ini, kita belajar rasa teh dan cara-cara buat menjadi teh. Teh Cameron Highland memang sedap dan menarik. Bau teh pun segar. Cameron highland memang popular dan terbaik.

Kemudian, kita terus balik dari Cameron Highland ke Kuala Lumpur. Kita berehat di tempat rehat dan makan tengah hari bersama-sama. Lepas ini, kita terus balik... Kita nak sampai di rumah dengan selamat. Alhamdulillah, kita dah sampai di rumah. Kita terus tidur di bilik tidur. Memang penat tapi seronok di Cameron Highland.

Kita memang ada simpan kenangan manis dan seronok di Cameron Highland. Ezati tak dapati lupakan. Hehe... Senyum..

Selamat jalan di Cameron Highland. Jumpa lagi........

Wednesday, June 22, 2011

Nenek Ezati dah meninggal dunia

Pada 3 Jun 2011 iaitu hari Jumaat. Masa itu, Ezati kerja seperti biasa. Ezati tidak rasa apa-apa. Ezati hanya ambik masa kerja saja. Bapa Ezati yang hantarkan mesej pada Ezati. Bapa Ezati berkata nenek Ezati sudah meninggal dunia. Ezati terkejut dan sedih. Ezati sudah tidak tahan kerana Ezati sayangkan nenek.. Kemudian nenek Ezati sudah meninggal dunia tanpa jumpa yang terakhir. Ezati tidak tumpuan kerja ini..


Ezati terpaksa beri nombor bos pada bapa Ezati. Bos akan luluskan cuti kerja.. Ezati boleh ambik cuti kerja selama 3 hari.. Bapa Ezati nak Ezati balik kampung untuk pengebumian nenek di kampung.. Masa kerja belum habis.. Ezati inginkan jumpa nenek sekali sebelum pengebumian nenek.. Ezati tidak sabar nak tengok nenek Ezati..

Lepas kerja habis, Ezati terus balik rumah. Ezati kemaskan pakaian untuk balik kampung. Ezati dan suami Ezati terus pergi di rumah Ezati. Kita bermalam di rumah sehari.

Esok pagi, kita terus pergi di kampung nenek Ezati. Ezati tidak sabar nak tengok nenek. Ezati selalu fikirkan nenek. Ezati ingatkan nenek masih hidup kerana nenek nampak sihat dan jaga diri tetapi nenek pun terjatuh di kampung. Kepala nenek sudah berdarah. Darah sudah keluar banyak-banyak kena bawak di hospital. Nenek Ezati sudah tidak ada apa-apa.. Nenek kena masuk wad selama 5 hari. Selepas 5 hari, nenek Ezati boleh balik di rumah mak Ezati tetapi nenek enggan nak balik rumah mak Ezati. Nenek Ezati nak balik kampung selagi sesiapa nak menjaga nenek Ezati.. Nenek Ezati berkata tidak apa.. Nenek boleh buat dan jaga diri.. Nenek Ezati enggan ikut dengar kata2 mak Ezati..

Tiba-tiba nenek Ezati sudah pengsan. Nenek sudah meninggal dunia. Tidak dapat selamatkan nenek Ezati. Ezati sedih apabila tengok nenek di dalam keranda. Kesian nenek Ezati... Nenek sudah pergi dan nak bersama dengan datuk di sana.. Ezati menyesal kerana Ezati tidak balik kampung masa Tahun Baru Cina..

Sekarang Ezati sudah balik kampung, ramai saudara-mara sudah tidak kenal Ezati.. Ezati memang sudah besar dan cantik muda lagi.. Saudara-mara ambil berat tentang suami Ezati.. Ezati sudah berkahwin.. Saudara-saudari berasa gembira apabila lihat Ezati dapatkan suami yang baik dan penyayang...

Tuesday, March 1, 2011

Nikah

Pada 1 Feb, kita ambik borang nikah.. Kita sibuk urusan...

Pada 8 Feb, kita nikah...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekalian kawan yang dikasihi.. Ezati masih belajar di Politeknik Johor Bahru. Ezati memang tak tau bahawa Nero nak bernikah dengan Ezati. Ezati tak bersedia menjadi isteri Nero. Nero nak nikah Ezati secepat mungkin.

Nero masih menunggu keputusan dari Ezati. Jika Ezati tak setuju, Nero memang tak sabar nak memujuk Ezati. Jadi Ezati setuju nak bernikah Nero. Nero sangat gembira dengan sepuas hati. Ezati tak nak beri Nero sedih. Ezati terus setuju nikah Nero.

Pada itu, Ezati dan bakal suami Ezati bernama Nero. Kita sibuk urusan nikah. Nikah bukan buat dengan mudah. Ezati geram...

Masa itu Tahun Baru Cina, Ezati tak balik kerana ada sibuk urusan.. Namun kerja pejabat pun tutup. Jadi Ezati semak borang nikah lengkap dan lepas Tahun Baru Cina.. Kita dan 2 orang saksi akan pergi di Makhamah Sayhirah. Ezati pun gementar kerana kali pertama Ezati jumpa di MAhkamah Sayhirah.

Akhirnya, hakim telah luluskan kita terus nikah.. Kita buat nikah secara-cara kecil-kecil bukan besar-besaran... Alhamdulillah... Kita dah menjadi suami isteri sah..

Saturday, December 4, 2010

Kemasukan Politeknik Johor Bahru pada Sesi Dis 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan yang disayangi. Saya yang berjaya kemasukan politeknik Johor Bahru. Alhamdulillah.. Ezati berasa gembira.


27/11/2010

Ezati dan makcik Ezati pergi di Mine World. Kita nak membeli barang keperluan di Johor Bahru. Kita beli tudung,jam tangan dan lain-lain.. Sebelum jam 3 petang, kita terus pergi di Bukit Jalil. Apabila kita dah sampai, makcik pun tak teman Ezati naik bas kerana kereta tak boleh parking.. Ezati hormati makcik yang menjaga Ezati pada 3 hari. Ezati rasa kasih sayang. Akhirnya, Ezati tinggalkan tempat ini. Ezati pergi jauh.. Ezati memang rindukan tempat itu.

Apabila dah sampai Larkin, Johor Bahru. Ezati yang hantar mesej pada Abang Hoi Sang bahawa abang akan datang ambil Ezati pergi tido bermalam di rumah abang. Sebelum pergi rumah abang. Kita pergi makan di kedai mamak dan juga bincang tentang Politeknik Johor Bahru. Abang juga tak tahu jalan tempat Politeknik Johor Bahru. Susah nak mencari tempat Politeknik. Selepas itu, kita terus pergi rumah abang. Dan juga cari internat tempat Politeknik. Ezati paksa bantu abang mencari tempat politeknik dalam internat. Abang tahu sikit saja. Abang juga bincang kawan abang tentang pergi politeknik esok.. Habis itu, kawan abang juga nak ikut abang pergi Politeknik Johor Bahru. Ezati terus tido..

28/11/2010

Pada pagi, Ezati bangun awal jam 7 pagi. Kita terus pergi Politeknik Johor Bahru. Kawan abang pun tahu jalan Politeknik. Sampai Politeknik Johor Bahru 30 mint saja. Tak jauh. Dekat saja. Masa 30 minit saja. Lepas itu, kita tunggu sampai jam 8 pagi baru boleh pendaftaran asrama. Kita pergi makan pagi di kafe. Abang dan kawan abang pun bual2.. Ezati tak bual pun sikit. Kesian Ezati keseorangan diri... Masa jam 8 pagi, kita pergi asrama perempuan. Nak seseorangan masuk di bilik rekreasi dan tunggu no giliran sampai.... Sampai no giliran 19 Ezati pergi jumpa warden dan hantar borang pendaftaran on-line. Ezati dah dapat kunci bilik no.HT3-1-006.

Kita masuk bilik. Nampaknya tak ada bantal, baldi, penyapu, mop dan lain-lain.. Bilik itu tak kemas. Sangat kotor.... Abang, kawan abang dan Ezati pergi di Pasaraya Econsave nak membeli barang-barangan. Lepas itu, kita terus balik asrama. Abang pun nak balik. Tinggalkan Ezati berseorangan di asrama. Ezati duduk di dalam bilik. Ezati nak membersihkan bilik dan kemas katil ezati.. Dan juga pakaian dan barang-barangan simpan di dalam almari.

Pada petang, kita pergi dewan politeknik. MSK adalah Mingguan SuaiKenal pada Dis 2010. Aktiviti MSK selama 4 hari. Talimat pun mengantuk... dan sangat sejuk teuk.. Malam pun balik jam 12 tengah malam. tak cukup tido..

29/11/2010

Bangun jam 3.30 pagi. Tak cukup nak tido. Perlu sedia siap dan tunggu berkumpul di luar asrama jam 5 pagi. Terus pergi masjid politekknik dan solat subuh.

Wednesday, September 22, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!

Menjejaki Lokasi Bersejarah Rasulullah SAW di Madinah

Walaupun tempat-tempat bersejarah sudah acap kali dikunjungi oleh jemaah umrah mahupun haji, tetapi perasaan bosan tidak pernah bertandang di hati mereka.

Mengunjungi Masjid Nabawi seperti bertandang ke rumah Rasulullah SAW. Setiap tetamu yang datang perlu menjaga adab, tatatertib dan kebersihan sepanjang berada di sana. Bilangan pekerja yang ramai sentiasa bergerak untuk memastikan keadaan luar dan dalam masjid dijaga dengan baik. Ini kerana Masjid Nabawi dibuka 24 jam.

Seusainya solat Isyak, jemaah berpusu-pusu mendapatkan air zamzam yang disediakan sepanjang laluan dalam masjid. Pilih ikut suka, mahu yang sejuk atau biasa.

Di luar Masjid Nabawi, suasana begitu sibuk dengan aktiviti berjual beli. Bagaikan pasar lambak. Ada yang menggunakan kereta sorong, hamparan di lantai mahupun berdiri sambil melaunglaungkan jualannya kepada jemaah yang baru pulang dari masjid.

Waktu malam di sana lebih pendek berbanding di negara kita. Pada hari pertama dan kedua, agak kekok untuk menyesuaikan waktu tidur di sana. Dalam tempoh dua hingga tiga jam, rasanya seperti nak tidur ke tak nak? Namun tidur itu bukanlah menjadi keutamaan. Sebaliknya terasa rugi jika waktu yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja di bumi anbia ini.

Keesokan harinya, kami pergi menziarah lokasi bersejarah dalam Raudhah, Maqam Nabi dan Mimbar Minrah Nabi di dalam Masjid Nabawi. Di ruangan menunggu untuk ke Raudhah, bau haruman semerbak di segenap ruang dirasakan begitu mengasyikkan. Mungkinkah ini haruman syurga? Wallahualam.

Di situ, penulis berasa begitu dekat dengan baginda dan sahabatnya, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. Hati semakin sebak dan hiba apabila menghampiri makam baginda dan dua sahabat itu apabila mengenangkan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar Islam. Tidak lupa menyampaikan kiriman salam dan doa rakan-rakan sepejabat yang dititipkan kepada penulis sebelum datang ke sana.

Walaupun agak berpusu-pusu di ruangan Muslimat ketika di Raudhah dan Makam Nabi, namun jika anda yakin Allah berikan tempat bersolat dan berdoa, insya-Allah, segalagalanya menjadi mudah. Ketika berada di Madinah selama tiga hari, kami juga dibawa ke Masjid Quba, Masjid Qiblataini, Jabal Uhud, Maqam Shuhada, lading unta dan pasar kurma. Sepanjang lawatan tersebut, kami diberi taklimat oleh mutawif, Ustaz Hassan Basri Sulaiman mengenai sejarah nabi yang berkaitan dengan tempat kami lawati.

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.