CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 4, 2010

Kemasukan Politeknik Johor Bahru pada Sesi Dis 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan yang disayangi. Saya yang berjaya kemasukan politeknik Johor Bahru. Alhamdulillah.. Ezati berasa gembira.


27/11/2010

Ezati dan makcik Ezati pergi di Mine World. Kita nak membeli barang keperluan di Johor Bahru. Kita beli tudung,jam tangan dan lain-lain.. Sebelum jam 3 petang, kita terus pergi di Bukit Jalil. Apabila kita dah sampai, makcik pun tak teman Ezati naik bas kerana kereta tak boleh parking.. Ezati hormati makcik yang menjaga Ezati pada 3 hari. Ezati rasa kasih sayang. Akhirnya, Ezati tinggalkan tempat ini. Ezati pergi jauh.. Ezati memang rindukan tempat itu.

Apabila dah sampai Larkin, Johor Bahru. Ezati yang hantar mesej pada Abang Hoi Sang bahawa abang akan datang ambil Ezati pergi tido bermalam di rumah abang. Sebelum pergi rumah abang. Kita pergi makan di kedai mamak dan juga bincang tentang Politeknik Johor Bahru. Abang juga tak tahu jalan tempat Politeknik Johor Bahru. Susah nak mencari tempat Politeknik. Selepas itu, kita terus pergi rumah abang. Dan juga cari internat tempat Politeknik. Ezati paksa bantu abang mencari tempat politeknik dalam internat. Abang tahu sikit saja. Abang juga bincang kawan abang tentang pergi politeknik esok.. Habis itu, kawan abang juga nak ikut abang pergi Politeknik Johor Bahru. Ezati terus tido..

28/11/2010

Pada pagi, Ezati bangun awal jam 7 pagi. Kita terus pergi Politeknik Johor Bahru. Kawan abang pun tahu jalan Politeknik. Sampai Politeknik Johor Bahru 30 mint saja. Tak jauh. Dekat saja. Masa 30 minit saja. Lepas itu, kita tunggu sampai jam 8 pagi baru boleh pendaftaran asrama. Kita pergi makan pagi di kafe. Abang dan kawan abang pun bual2.. Ezati tak bual pun sikit. Kesian Ezati keseorangan diri... Masa jam 8 pagi, kita pergi asrama perempuan. Nak seseorangan masuk di bilik rekreasi dan tunggu no giliran sampai.... Sampai no giliran 19 Ezati pergi jumpa warden dan hantar borang pendaftaran on-line. Ezati dah dapat kunci bilik no.HT3-1-006.

Kita masuk bilik. Nampaknya tak ada bantal, baldi, penyapu, mop dan lain-lain.. Bilik itu tak kemas. Sangat kotor.... Abang, kawan abang dan Ezati pergi di Pasaraya Econsave nak membeli barang-barangan. Lepas itu, kita terus balik asrama. Abang pun nak balik. Tinggalkan Ezati berseorangan di asrama. Ezati duduk di dalam bilik. Ezati nak membersihkan bilik dan kemas katil ezati.. Dan juga pakaian dan barang-barangan simpan di dalam almari.

Pada petang, kita pergi dewan politeknik. MSK adalah Mingguan SuaiKenal pada Dis 2010. Aktiviti MSK selama 4 hari. Talimat pun mengantuk... dan sangat sejuk teuk.. Malam pun balik jam 12 tengah malam. tak cukup tido..

29/11/2010

Bangun jam 3.30 pagi. Tak cukup nak tido. Perlu sedia siap dan tunggu berkumpul di luar asrama jam 5 pagi. Terus pergi masjid politekknik dan solat subuh.

Wednesday, September 22, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!

Menjejaki Lokasi Bersejarah Rasulullah SAW di Madinah

Walaupun tempat-tempat bersejarah sudah acap kali dikunjungi oleh jemaah umrah mahupun haji, tetapi perasaan bosan tidak pernah bertandang di hati mereka.

Mengunjungi Masjid Nabawi seperti bertandang ke rumah Rasulullah SAW. Setiap tetamu yang datang perlu menjaga adab, tatatertib dan kebersihan sepanjang berada di sana. Bilangan pekerja yang ramai sentiasa bergerak untuk memastikan keadaan luar dan dalam masjid dijaga dengan baik. Ini kerana Masjid Nabawi dibuka 24 jam.

Seusainya solat Isyak, jemaah berpusu-pusu mendapatkan air zamzam yang disediakan sepanjang laluan dalam masjid. Pilih ikut suka, mahu yang sejuk atau biasa.

Di luar Masjid Nabawi, suasana begitu sibuk dengan aktiviti berjual beli. Bagaikan pasar lambak. Ada yang menggunakan kereta sorong, hamparan di lantai mahupun berdiri sambil melaunglaungkan jualannya kepada jemaah yang baru pulang dari masjid.

Waktu malam di sana lebih pendek berbanding di negara kita. Pada hari pertama dan kedua, agak kekok untuk menyesuaikan waktu tidur di sana. Dalam tempoh dua hingga tiga jam, rasanya seperti nak tidur ke tak nak? Namun tidur itu bukanlah menjadi keutamaan. Sebaliknya terasa rugi jika waktu yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja di bumi anbia ini.

Keesokan harinya, kami pergi menziarah lokasi bersejarah dalam Raudhah, Maqam Nabi dan Mimbar Minrah Nabi di dalam Masjid Nabawi. Di ruangan menunggu untuk ke Raudhah, bau haruman semerbak di segenap ruang dirasakan begitu mengasyikkan. Mungkinkah ini haruman syurga? Wallahualam.

Di situ, penulis berasa begitu dekat dengan baginda dan sahabatnya, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. Hati semakin sebak dan hiba apabila menghampiri makam baginda dan dua sahabat itu apabila mengenangkan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar Islam. Tidak lupa menyampaikan kiriman salam dan doa rakan-rakan sepejabat yang dititipkan kepada penulis sebelum datang ke sana.

Walaupun agak berpusu-pusu di ruangan Muslimat ketika di Raudhah dan Makam Nabi, namun jika anda yakin Allah berikan tempat bersolat dan berdoa, insya-Allah, segalagalanya menjadi mudah. Ketika berada di Madinah selama tiga hari, kami juga dibawa ke Masjid Quba, Masjid Qiblataini, Jabal Uhud, Maqam Shuhada, lading unta dan pasar kurma. Sepanjang lawatan tersebut, kami diberi taklimat oleh mutawif, Ustaz Hassan Basri Sulaiman mengenai sejarah nabi yang berkaitan dengan tempat kami lawati.

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Wednesday, August 11, 2010

Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain

Assalamualaikum wbt…

Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

Wa’alaikumsalam….

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?

o Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

o Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء

“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

o Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?

- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

o Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?

- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

o Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?

- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

o Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?

- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

o Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?

- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

o Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?

- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) disokong oleh al-Nakha’i,Abu HAnifah dan sahabat2nya. Syiekh Shiyam mengatakan bahawa hokum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah.


o Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم

“Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah)”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”


Wa'alaikumsalam

Browser paling laju di komputer masing-masing


Assalamualaikum dan salam menjelang ramadhan semua, harini pergi membeli bahan-bahan untuk memasak sesi bulan ramadhan pula. Sedar tak sedar, banyak pula bebarang di rumah yang sudah kehabisan. Semoga bulan Ramadhan kali ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada kita semua. Kali ini aku sekadar ingin berkongsi mengenai kelajuan browser yang aku gunakan untuk melayari, membangunkan [...]

Salam Ramadhan 2010


Assalamualaikum dan salam 1ramadhan kepada semua umat islam yang membaca, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf jika terdapat kesilapan atau terkasar bahasa sepanjanga aku berkongsi artikel, menulis komen, menulis di twitter, atau di tempat-tempat lain. Segala kesilapan yang aku lakukan itu tidak disengajakan, justeru itu aku mengharapkan keampunan dari semua. Semoga Ramadhan kali [...]

Tuesday, June 1, 2010

Buat Duit Melalui Pengiklanan-Ads4bucks



BUAT DUIT MELALUI PENGIKLANAN - ADS4BUCKS


Jangan mengeluh RM tak cukup. Jangan termenung hutang menimbun.. Bebaskan diri anda dari belenggu hutang..ADS4BUCKS sedia membantu anda merubah presepsi sukarnya menambah pendapatan kepada satu kaedah mudah menjana pendapatan berpaksikan hanya kepada pengiklanan IT ke seluruh DUNIA. URUSNIAGA mudah dihujung jari anda. Modal hanya RM170 sekali sahaja seumur hidup dan boleh diwarisi DUNIA PENGIKLANAN IT REVOLUSI MENJANA PENDAPATAN TERBESAR DI DUNIA kini anda mampu lakukan dengan mudah.. DUIT MASUK "REAL TIME..


TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. SISTEM TERPANTAS MENJANA PENDAPATAN.

- Tak perlu jual barang
- Tak perlu jumpa orang @ kalau nak jumpa orang pun boleh
- Modal minimum RM170 sahaja sekali seumur hidup.
- Bina 1 kaki pun boleh dapat income
- Payout tertinggi dalam pasaran (>85%)
- Potensi - Pasaran Global
- Tak perlu maintain bulanan
- Tak perlu Flushing (Untuk Real Time Bonus)
- Telus ! setiap transaksi direkod secara real time.
- Mudah memang mudah! Semua telah tersedia. Anda cuma buat aje.

Ads4Bucks adalah sebuah Portal Pengiklanan dan Program Afiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Tujuan kami adalah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal pengiklanan yang paling popular di dunia agar pelanggan kami benar-benar dapat menjual produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan efektifnya. Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.

Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang. Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.

Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai "The Ultimate Address".

Perancangan masa hadapan:
Ads4Tv – Internet TV
Ads4Cafe
Ads4Bucks HyperMarket

GENIUS CAPABILITIES
Genius In A Box offers a variety of services to cater the challenging business needs in today's fast paced world. This including developing communications strategy from the planning stage right up to consulting and execution.
Our services are also backed strongly with through research, up-to-date equipments and systems. Genius In A Box has a network of contacts from various experts in various industries. So, just tell your needs, we'll perform our best to service you.

MARKETING
- Product procurement
- Wholesale outsourcing
- MLM marketing plan design
- Sales letter creation

PRESENTATION
- Graphics
- Invitation Design Corporate and Marketing Videos
- PowerPoint, HTML, Flash Presentations
- Website/Portal Creation
- Conference Collateral and Handouts
- Photography Session
- Printing Services

TECHNICAL
- Technical and Production Management SMS Technology- Audio-Visual
- Web/LAN/Computer
- Audio & Video Webcasting
- Banking & Payroll System
- Supply Chain Management System
- Claim Processing System
- Web-Based Application Developments DESIGN & CREATION
- Environment Design
- Project Design
- Venue Design / Theming
- Stage Design
- Voice Over Scripting
- Talent Casting

INGIN MENGETAHUI MENGENAI PRODUK ADS4BUCKS DENGAN LEBIH JELAS ?

Ads4Bucks ingin memberikan sesuatu produk yang lebih hebat dan menarik untuk semua Agen dan ini merupakan info secara terperinci mengenai produk yang Ads4Bucks Sediakan untuk Agen.

PAKEJ SILVER BUCKS
- Portal Pengiklanan
- Virtual Office
- SMS Blaster
- Ads4Bucks Bio-Energy Card (Hadiah - PERCUMA)

PAKEJ GOLD BUCKS
- Portal Pengiklanan
- Virtual Office
- SMS Blaster
- Blog (Ads4Blog.com)
- E-Library
- Ads4Bucks Bio-Energy Card (Hadiah - PERCUMA)

Agen-Agen yang menyertai pakej Gold Bucks sahaja yang layak untuk menyertai segala peraduan yang dianjurkan oleh syarikat.

Produk-produk Ads4bucks

Portal Pengiklanan -http://www.ads4bucks.com

Anda bebas untuk mengiklan sebarang produk, perniagaan, servis atau perkhidmatan yang telah anda sediakan. Pihak kami tidak meletakkan sebarang had berkenaan pengiklanan anda selagi anda tidak menyalahi undang-undang negara. Terdapat 2 kategori iklan di portal ini yang mana untuk semua iklan teks adalah PERCUMA manakala untuk iklan berbentuk banner akan dikenakan caj bergantung kepada saiz dan juga lokasi banner terbabit.

Walaupun begitu, bagi mereka yang tidak mahu menjadi agen kami tetapi masih ingin mengiklan di portal pengiklanan kami adalah dibenarkan. • Untuk kadar harga iklan berbentuk banner sila rujuk kepada pihak pengurusan kami


SMS Blaster (Bulk SMS)

Kami menyediakan kepada anda sistem SMS Blaster pada kadar harga yang tidak mampu ditandingi. Kredit SMS kami hanya bernilai USD0.03/SMS atau RM0.10/SMS yang mana ini adalah kadar yang termurah di pasaran.

Blog Persendirian (Ads4Blog.com)
Kami menyediakan perkhidmatan blog kepada agen-agen kami yang membeli pakej Gold Bucks. Di blog ini anda boleh menulis tentang aktiviti peribadi atau perniagaan anda. Kami juga menyediakan 'themes' untuk anda pilih bagi mencantikkan penampilan blog anda.



Virtual Office
Virtual Office Ads4Bucks membenarkan agen-agen kami untuk melihat 'business hierarchy', pergerakan jualan kumpulan serta e-wallet mereka.
Di Virtual Office ini juga terdapat link ke e-library.


E-library

i) E-book - Terdapat 500 e-book berkaitan Business Plan (Pelan Perancangan Perniagaan) yang boleh anda jadikan panduan untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

ii) Audio/Video Streaming

iii) Ads4Bucks Ultimate Business Guide - 1,300 templates dalam file Words dan dalam format 'Isikan Tempat Kosong' berkenaan dokumentasi-dokumentasi Resolusi Lembaga, Kertas Kerja Kewangan, Pelan Perancangan Perniagaan, Checklist serta banyak lagi untuk kegunaan perniagaan anda.


Ads4Bucks Bio-Energy Card (Hadiah PERCUMA)

Ads4Bucks Bio Energy Card diberikan sebagai hadiah kepada anda apabila anda membeli pakej produk maya kami. Dan kad ini sememangnya adalah PERCUMA! Namun begitu Bio Energy Card ini mempunyai 1 nilai yang tinggi untuk tujuan penjagaan kesihatan kita seharian. (Anda boleh membaca testimoni berkenaan kad ini di pautan berikut :

Apakah Ads4Bucks Bio-Energy Card ?

Kad ini dihasilkan melalui teknologi Far Infrared Ray (FIR) menggunakan serbuk seramik bio yang unik. Kad yang terhasil daripada kaedah pembuatan yang dipatenkan ini boleh membantu dalam pelbagai aspek perubatan antaranya ialah ia akan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.

Apakah Kebaikan Ads4Bucks Bio-Energy Card ?

a) Melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.
b) Meringankan stres serta kelesuan badan.
c) Meningkatkan kecergasan serta tenaga.
d) Efektif untuk membunuh bakteria.
e) Mengaktifkan molekul air minuman.
f) Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan.
g) Menghilangkan bau yang kurang enak.
h) Membantu mengekalkan kesegaran bahan makanan di dalam peti sejuk.
i) Boleh membantu meringankan kesakitan seperti sakit kepala, sakit otot serta sakit belakang.
j) Membantu tumbesaran bunga-bungaan, sayuran serta tumbuhan.

Bagaimana untuk melekatkan Ads4Bucks Bio-Energy Card di badan?
Anda tidak perlu untuk melekatkan kad tersebut di badan anda. Adalah memadai sekiranya diletakkan di dalam poket ataupun bra untuk wanita.

Mengapa Ads4Bucks Bio-Energy Card tidak menggunakan bahan yang lembut ?
Kami berpendapat bahawa penggunaan FIR Bio-Energy dalam bentuk kad adalah lebih mudah buat semua orang. Anda hanya perlu meletakkan kad ini di dalam poket anda. Ads4Bucks tidak mahu menggunakan bahan yang lebih lembut (stiker, kain dll) kerana kos pengeluaran akan lebih meningkat dan ini akan menyebabkan pihak Ads4Bucks tidak dapat memberi kad ini secara percuma kepada semua Agen. Apakah keberkesanan Ads4Bucks Bio-Energy Card ini ? Walaupun kad ini kelihatan seperti tidak bernilai dan nampak hanya seperti kad biasa, namun keberkesanannya dapat dibuktikan secara saintifik dan bukan sekadar cakap kosong. Kami berkeyakinan bahawa kualitinya setanding dengan energy pendant, gelang serta rantai magnetik yang terdapat di pasaran. Pihak Ads4Bucks amat berbesar hati untuk memberi Ads4Bucks Bio-Energy Card ini secara percuma kepada semua Agen kerana kami sedar, kesihatan yang baik adalah lebih penting nilainya dari wang ringgit yang diperolehi.

Adakah Ads4Bucks Bio-Energy Card ini dapat menghilangkan bau badan ?
Ya !! Ia dapat menghilangkan bau tidak menyenangkan yang minor seperti bau makanan yang tidak menyenangkan di dalam peti sejuk, bau di dalam kenderaan serta bau badan.

Adakah Ads4Bucks Bio-Energy Card ini selamat untuk kanak-kanak ?
Kad ini sememangnya selamat untuk kanak-kanak mahupun bayi.
Berapa lamakah jangka hayat Ads4Bucks Bio-Energy Card ?
Jangka hayat minima untuk setiap kad adalah 3 tahun.

TESTIMONI...

Sakit Sendi, Kebas, Bisa Hujung Kaki
Tarikh: Sat:15 Aug 2009 01:37:13+0530
Daripada : Hamid bin Abu
Email : azrikhamis@yahoo.com
Tel : 0193003430

Saya menjadi agen ads4bucks sebulan dgn membeli BC 7,Kad Bio energy tak pernah saya gunakan sebab saya kurang yakin.Suatu hari mak sya dtg kerumah dan menceritakan kesakitannya,sy nak beli ubat duit tk cukup ,so sy teringat akan card bio,sya rendam dan ajar mak sya bagaimana menggunakan card yg mana sy sendiri tak pernah menggunakan,dengan memakaikan stokin mak dan card di letakkan di tapak kedua belah kaki dan minum air card,mak mendapati yg penyakitnya selama ini bergantung pada ubat utk tahan sakit hilang...dan kini mak cergas dari sakit lutut, kebas, lengoh, berjalan sakit jari kaki hilang.Saya terperanjat tengok mak.Kata mak Card bio yg di pakai di kaki semalaman kaki berada panas,hangat dan tak sedar sakit hilang.Kini mak sekarang dah tiada masalah kesakitan lg tapi terus mengamalkan pakai card dan mak bg pinjam jiran yg sakit 2 card kerana mak yakin boleh membantu jiran yg sakit sama seperti mak.7 hari jiran pinjam card,tiba-tiba ingin membeli card dan terdaftarlah seorang lagi downline saya dgn membeli 10 bc. Sekarang saya pula ingin mencubanya.Saya bersyukur,bukan dapat melegakan sakit mak saya,malah dapat juga menambah pendapatan kerana jiran-jiran yg lain pun nak dapatkan bio-energy card.Terima kasih pada kak darling kerana menunjukkan cara memakai card.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI ADSBUCKS...

- Usahawan atau bakal usahawan
- Sesiapa yang pernah gagal dalam perniagaan
- Sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang baru
- Graduan, penganggur atau sesiapa saja yang serius ingin mengubah kehidupan
- Sesiapa saja yang ingin perdapatan tambahan melalui internet

JANGAN TUNGGU LAGI. SERTAI KAMI SEKARANG. HANYA RM210.00 SAHAJA. DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AGEN ADSBUCKS. SMS NAMA ANDA SEKARANG !!! 019-6095543 (SMS). SETIAP PENYERTAAN ANDA AKAN KAMI HADIAHKAN KAD BIO-ENERGY PERCUMA
.

Saturday, May 29, 2010

Ads4bucks-Realtime Account View


Salam sejahtera semua....
Dah lama tak posting,hari ni aku cuba sedaya upaya nak post jugak satu artikel kat sini.Ni semua disebabkan Ceramic Club yang kena serbu ngan BNM hari tu.Kepala dah pening sekejap coz aku pun join...banyak riban jugak habis....tapi alhamdullilah semua dah berjalan lancar sekarang.Korang boleh baca...cerita terkini Ceramic Club.

Okay....
Tutup cerita Ceramic Club,kita cerita pasal ads4bucks.2/3 hari lepas aku ada buat satu video "ads4bucks-Realtime Account View"...korang tengok la dulu (layan sampai habis):


Ads4bucks-Realtime Account View


Maaf la kerana visual dalam video tu tak berapa tepat pada apa yang aku nak fokuskan.
Yang sebenarnya video tu,aku buat dalam keadaan kelam kabut...lagipun tu la pertama kali aku guna software tu(Camtasia 6).Lama la jugak aku dok godeh benda alah tu...alhamdullilah siap jugak walaupun tak macam pro.Insyaallah aku akan upgrade diriku ini untuk ads4bucks...aku akan terus belajar guna benda alah tu sebaik mungkin.(macam betul je..)

Aku join ads4bucks dah 2/3 bulan dah...tapi sayang tak buat apa-apa.Harap kan kawan-kawan je yang masuk.Secara peribadi aku katakan portal ads4bucks tu,memang canggih,tip-top.Korang Google la dia orang punya programmer.High class beb...itu portal dia...ni aku nak cerita pasal produk dan income dia.

Kalau korang dah baca post yang lepas,tu semua aku copy and paste je content dari web rasmi ads4bucks kat blog ni.Mungkin ada text yang tercicir dan terpotong yang buat korang tak faham konsep dan perniagaan Ads4bucks.Tak pe aku akan faham kan sikit sikit....

Mudah je...korang registered as a member RM210.00,tak kira siapa dia,lawyer,majisteret...sapa-sapa pun boleh,pastu korang akan dapat sekeping Ads4bucksBio Energy Card.Apa ke benda Bio Energy Card tu....!!!Ni korang baca kat bawah...:atau lihat video ni..!!


Bio Energy Card merupakan sekeping kad yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Dengan menggunakan nano teknologi, kad ini mengandungi serbuk bio seramik yang menghasilkan Far Infra Ray (FIR). Berikut ialah kelebihan-kelebihanAds4bucks Bio Energy Card :

* Melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.
* Meringankan stress serta kelesuan badan.
* Meningkatkan kecergasan serta tenaga.
* Efektif untuk membunuh bakteria.
* Mengaktifkan molekul air minuman.
* Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan.
* Menghilangkan bau yang kurang enak.
* Membantu mengekalkan kesegaran bahan makanan di dalam peti sejuk.
* Boleh membantu meringankan kesakitan seperti sakit kepala, sakit otot serta sakit belakang.
* Membantu tumbesaran bunga-bungaan, sayuran serta tumbuhan.

Cara menggunakan Ads4bucks Bio Energy Card ini ialah dengan meletakkan kad ini di dalam poket kemeja, poket seluar, baju dalam dan tempat yang berhampiran dengan tubuh badan anda. Boleh juga direndam di dalam air kosong selama 15 minit dan air tersebut hanya perlu diminum.Insyallah jika diizin allah maka sembuh la ia.


Pas tu korang akan dapat sebuah Sistem SMS Blaster.Mungkin ada antara korang pernah ter"join"syarikat yang menawar produk yang sebegini sebelum ni(hampeh kencing)...pasal aku dah terkena.He...heee.

Bagi korang yang masih belum mengetahui apa itu 'Sistem SMS Blaster', sistem ini digunakan untuk menghantar satu mesej kepada beribu-ribu nombor. Ia merupakan sejenis tool pemasaran yang sangat efektif dalam sesebuah perniagaan. Sistem ini juga digunakan oleh syarikat telekomunikasi dalam negara seperti Celcom, Maxis dan Digi.(lihat screen shot)

click to enlarge





Ada lagi ....
korang akan dapat satu blog peribadi,yang mana blog ni korang boleh buat apa korang suka (platform wordpress).Nak jual kuih ke,putumayam,kacang putih,nasi lemak ke.....korang buat la apa ikut kreativiti masing-masing.Mana yang tak pernah ada/buat blog sendiri ni la masa dia...luangkan sedikit mas untuk belajar dan tambah ilmu.Sebelum ni aku pun tak pernah guna platform wordpress untuk buat blog...semuanya guna blog free (blogspot) coz aku bermula ngan Jana Wang Adsense(Munawar).Rupanya tak susah mana pun....tu la kalu tak cuba tak tahu.!!!
Aku dah buat satu.(belum siap,nanti dah siap aku bagi link)Ni screen shot control panel ads4bucks blog..siap dengan template...klik dan tukar...!!!

click to enlarge



Phuuuh...banyak gak aku taip hari ni....
Dalam pada tu korang boleh iklankan apa sahaja produk korang,diruang iklanads4bucks.Korang boleh beriklan sampai muntah pun tak pe...!!!Web rasmi ads4bucksmemang ramai pengunjung.....web yang banyak pengunjung tu la yang bagus untuk anda beriklan.


Malam-malam....kalau korang boring-boring...
ads4bucks sediakan muzik untuk korang hilangkan stress.Apa tu.....???%#!!
Ni dia orang panggil Ultra Meditation......aku pun tak berapa tahu sangat tentang ni.Tapi jangan risau aku dah google kan untuk korang.Dengan harga dan produk detail sekali....tapi kalau nak dengar kena join la.Sapa-sapa yang bengang tak tentu arah,bergaduh ngan isteri dan macam lagi la yang melibatkan hati,jiwa dan perasaan sesuai sangat dengar benda alah ni.Kat luar negara benda alah ni popular la jugak...Klik image kat bawah untuk info Ultra Meditation.(perhatikan nilainya)



Dah penat jari-jari aku ni....tapi tak apa untuk korang,aku sekadar berkongsi...join ke tak join no hal....!!!Kat dalam sistem library ads4bucks pulak,disediakan beratus-ratus ebook untuk korang memantapkan lagi perniagaan korang.Rajin tak rajin je baca...tapi aku yakin semua ebook tu webmaster ads4bucks yang punya.Kalau nak jadi macam dia...jangan tunggu lagi..!!!

Banyak jugak produk yang ads4bucks sediakan untuk members...korang rasa ia sepadan tak dengan RM210.00.Pada aku nilai RM210.00 amat kecil jika dibandingkan ilmu dan produk yang bakal kita perolehi.Apa pun keputusan kat tangan korang...buat keputusan yang bijak hari ini kerana ia akan melibatkan ekonomi korang hari esok...!!!
Aku rasa cukup untuk hari ni...lain hari aku sambung macamana boleh jana pendapatan dengan ads4bucks....kalau korang dah faham dan berminat...korang baca dulu cara-cara daftar online disini..!!


ps:Maaf jika bahasa aku agak kasar pada korang...tapi aku tak reti nak bermadah pujangga(karangan darjah 5-fail)...apa yang terlintas kat kepala aku taip...ni la jadi dia.Sorry...!!

Saturday, May 22, 2010

Di Sunway Lagoon

Selamat sejahtera sekalian kawan-kawan.. Apa khabar? Harapkan sihat selalunya..

Pada 21 Mei 2010 iaitu hari Khamis, Nero yang cadangkan Politeknik Ipoh dan Politeknik Johor Bharu pergi di Sunway Lagoon. Kita berkumpul di KL Sentral jam 9 pagi. kita sudah bersedia tapi ada 4 orang kawan Nero datang lambat. Kita kena tunggu 20 minit.

Namun ada 2 orang kawan Poh dari Johor belum sampai di sini. Mereka akan datang pada tengah hari. Kita tinggalkan dia dan kawan dia. Sudah nak naik Komuter dari KL Sentral ke Subang Jaya. Kemudian naik bas mini. Belum bertolak kerana nak tunggu pelanggan naik bas ini. Kita tak tahan panas. Sekarang bertolak..

Sudah sampai di Sunway Lagoon,kita berjalan kaki di tempat berenang.. Kaunter berenang belum buka lagi. Akan buka jam 11 pagi. Kita tunggu 25 minit. Kawan tak sabar nak berenang, heh.. Kawan nak salin tukar baju dan kumpulan telefon bimbit, dompet dan barang-barang yang penting di dalam beg. Terletak di almari.. Tapi Eva bawa telefon bimbit Eva dan wang sendiri. Eva jaga sendiri.

Mulanya kita pergi bermain berenang dengan seronok. Kita juga tangkap gambar dan main berenang di sekitar Sunway Lagoon. Main seronok dengan gembira. Tiba-tiba kawan Nero main dengan degil. Kepala Eva sudah pening dan muntah. Eva tahan sakit dan tak nak main lagi. Hati Eva kurang sihat. Aduh,nakal kawan Nero iaitu Izan..

Alamak, Nero sebut Eva main.. T.T Eva paksa tutup mata semasa nak main. Eva jalan kaki lambat. Eva tak semangat lagi. Nero beri Eva main dan tak nak tinggalkan Eva. Nero nak Eva main sekali sahaja. Eva paksa saja dan ikut Nero dan Ezie. Wow,main selama 4 jam. Kita makan roti campur strawberry dan coklat. Kita perlu rehat sahaja. Tunggu makan dulu baru pergi mandi. Heh..

Kemudian kita pergi mandi di bilik mandi perempuan. Eva nak mandi tapi belum dapat shampoo kerana kawan Ezie gunakan shampoo. Eva tunggu dan ambil shampoo. Lepas itu, Eva mandi dengan lega dan selesa. Lepas itu, kita perlu bersedia siap salin baju dengan baik dan cantik. Heh.. Kita pergi tempat yang kita rehat tadi.

Lepas itu, kita pergi jumpa kawan di Mc'donals Sunway Lagoon Pyramid. Ada setengah kawan sudah makan dan belum makan.. Nero dan kawan Nero belum makan. Nak makan di Mc'donals. Terus balik di Komuter KL Sentral. Tiba-tiba kawan Nero bersembang Nero.. Kawan Nero nak berlatih bowling untuk bertandingan bowling. Kawan Nero sangat rindukan Nero. Nero dan kawan Nero terus balik..... Bas mini belum sampai. Kita bual dan Eva rehat saja.

Bas mini sampai dan terus Komuter dari Subang Jaya ke KL Sentral. Kita pergi bersama-sama.. Nero dan kawan Nero peergi di Hotel Times Square dekat Times Square bermalam seharian. Eva dan Ezie balik rumah Eva. Lewat malam, kita keluar makan.. Lepas itu kita tidur.

Eva sudah ceritakan sepanjang pagi sampai malam. Eva letih dan kurang sihat. Sekarang Eva nak rehat. Eva ingin ucapkan terima kasih atasan dengar cerita dari Eva. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum..

Monday, May 17, 2010

Web baru

Selamat sejahtera sekalian kawan-kawan yang dikasihi. Hari ini cuaca panas.. Sudah lama Eva tak ceritakan pada blogspot ini. Nama web 'www.rainero.blogspot.com', Eva sudah lupa no password. Sekarang Eva kena ambil web baru. Nama web baru 'www.nerainezieforever.blogspot.com'.

Harapkan anda akan membaca blog Eva dengan faham. Jika anda tak faham, boleh beri pendapatan pada anda.. Eva akan cuba ubah sendiri. Kerana Eva ingin tahu apa kesilapan Eva.. Eva suka tuliskan pada blog ini. Eva nak luahkan perasaan supaya kongsi pengalaman.