CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 29, 2010

Ads4bucks-Realtime Account View


Salam sejahtera semua....
Dah lama tak posting,hari ni aku cuba sedaya upaya nak post jugak satu artikel kat sini.Ni semua disebabkan Ceramic Club yang kena serbu ngan BNM hari tu.Kepala dah pening sekejap coz aku pun join...banyak riban jugak habis....tapi alhamdullilah semua dah berjalan lancar sekarang.Korang boleh baca...cerita terkini Ceramic Club.

Okay....
Tutup cerita Ceramic Club,kita cerita pasal ads4bucks.2/3 hari lepas aku ada buat satu video "ads4bucks-Realtime Account View"...korang tengok la dulu (layan sampai habis):


Ads4bucks-Realtime Account View


Maaf la kerana visual dalam video tu tak berapa tepat pada apa yang aku nak fokuskan.
Yang sebenarnya video tu,aku buat dalam keadaan kelam kabut...lagipun tu la pertama kali aku guna software tu(Camtasia 6).Lama la jugak aku dok godeh benda alah tu...alhamdullilah siap jugak walaupun tak macam pro.Insyaallah aku akan upgrade diriku ini untuk ads4bucks...aku akan terus belajar guna benda alah tu sebaik mungkin.(macam betul je..)

Aku join ads4bucks dah 2/3 bulan dah...tapi sayang tak buat apa-apa.Harap kan kawan-kawan je yang masuk.Secara peribadi aku katakan portal ads4bucks tu,memang canggih,tip-top.Korang Google la dia orang punya programmer.High class beb...itu portal dia...ni aku nak cerita pasal produk dan income dia.

Kalau korang dah baca post yang lepas,tu semua aku copy and paste je content dari web rasmi ads4bucks kat blog ni.Mungkin ada text yang tercicir dan terpotong yang buat korang tak faham konsep dan perniagaan Ads4bucks.Tak pe aku akan faham kan sikit sikit....

Mudah je...korang registered as a member RM210.00,tak kira siapa dia,lawyer,majisteret...sapa-sapa pun boleh,pastu korang akan dapat sekeping Ads4bucksBio Energy Card.Apa ke benda Bio Energy Card tu....!!!Ni korang baca kat bawah...:atau lihat video ni..!!


Bio Energy Card merupakan sekeping kad yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Dengan menggunakan nano teknologi, kad ini mengandungi serbuk bio seramik yang menghasilkan Far Infra Ray (FIR). Berikut ialah kelebihan-kelebihanAds4bucks Bio Energy Card :

* Melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.
* Meringankan stress serta kelesuan badan.
* Meningkatkan kecergasan serta tenaga.
* Efektif untuk membunuh bakteria.
* Mengaktifkan molekul air minuman.
* Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan.
* Menghilangkan bau yang kurang enak.
* Membantu mengekalkan kesegaran bahan makanan di dalam peti sejuk.
* Boleh membantu meringankan kesakitan seperti sakit kepala, sakit otot serta sakit belakang.
* Membantu tumbesaran bunga-bungaan, sayuran serta tumbuhan.

Cara menggunakan Ads4bucks Bio Energy Card ini ialah dengan meletakkan kad ini di dalam poket kemeja, poket seluar, baju dalam dan tempat yang berhampiran dengan tubuh badan anda. Boleh juga direndam di dalam air kosong selama 15 minit dan air tersebut hanya perlu diminum.Insyallah jika diizin allah maka sembuh la ia.


Pas tu korang akan dapat sebuah Sistem SMS Blaster.Mungkin ada antara korang pernah ter"join"syarikat yang menawar produk yang sebegini sebelum ni(hampeh kencing)...pasal aku dah terkena.He...heee.

Bagi korang yang masih belum mengetahui apa itu 'Sistem SMS Blaster', sistem ini digunakan untuk menghantar satu mesej kepada beribu-ribu nombor. Ia merupakan sejenis tool pemasaran yang sangat efektif dalam sesebuah perniagaan. Sistem ini juga digunakan oleh syarikat telekomunikasi dalam negara seperti Celcom, Maxis dan Digi.(lihat screen shot)

click to enlarge





Ada lagi ....
korang akan dapat satu blog peribadi,yang mana blog ni korang boleh buat apa korang suka (platform wordpress).Nak jual kuih ke,putumayam,kacang putih,nasi lemak ke.....korang buat la apa ikut kreativiti masing-masing.Mana yang tak pernah ada/buat blog sendiri ni la masa dia...luangkan sedikit mas untuk belajar dan tambah ilmu.Sebelum ni aku pun tak pernah guna platform wordpress untuk buat blog...semuanya guna blog free (blogspot) coz aku bermula ngan Jana Wang Adsense(Munawar).Rupanya tak susah mana pun....tu la kalu tak cuba tak tahu.!!!
Aku dah buat satu.(belum siap,nanti dah siap aku bagi link)Ni screen shot control panel ads4bucks blog..siap dengan template...klik dan tukar...!!!

click to enlarge



Phuuuh...banyak gak aku taip hari ni....
Dalam pada tu korang boleh iklankan apa sahaja produk korang,diruang iklanads4bucks.Korang boleh beriklan sampai muntah pun tak pe...!!!Web rasmi ads4bucksmemang ramai pengunjung.....web yang banyak pengunjung tu la yang bagus untuk anda beriklan.


Malam-malam....kalau korang boring-boring...
ads4bucks sediakan muzik untuk korang hilangkan stress.Apa tu.....???%#!!
Ni dia orang panggil Ultra Meditation......aku pun tak berapa tahu sangat tentang ni.Tapi jangan risau aku dah google kan untuk korang.Dengan harga dan produk detail sekali....tapi kalau nak dengar kena join la.Sapa-sapa yang bengang tak tentu arah,bergaduh ngan isteri dan macam lagi la yang melibatkan hati,jiwa dan perasaan sesuai sangat dengar benda alah ni.Kat luar negara benda alah ni popular la jugak...Klik image kat bawah untuk info Ultra Meditation.(perhatikan nilainya)



Dah penat jari-jari aku ni....tapi tak apa untuk korang,aku sekadar berkongsi...join ke tak join no hal....!!!Kat dalam sistem library ads4bucks pulak,disediakan beratus-ratus ebook untuk korang memantapkan lagi perniagaan korang.Rajin tak rajin je baca...tapi aku yakin semua ebook tu webmaster ads4bucks yang punya.Kalau nak jadi macam dia...jangan tunggu lagi..!!!

Banyak jugak produk yang ads4bucks sediakan untuk members...korang rasa ia sepadan tak dengan RM210.00.Pada aku nilai RM210.00 amat kecil jika dibandingkan ilmu dan produk yang bakal kita perolehi.Apa pun keputusan kat tangan korang...buat keputusan yang bijak hari ini kerana ia akan melibatkan ekonomi korang hari esok...!!!
Aku rasa cukup untuk hari ni...lain hari aku sambung macamana boleh jana pendapatan dengan ads4bucks....kalau korang dah faham dan berminat...korang baca dulu cara-cara daftar online disini..!!


ps:Maaf jika bahasa aku agak kasar pada korang...tapi aku tak reti nak bermadah pujangga(karangan darjah 5-fail)...apa yang terlintas kat kepala aku taip...ni la jadi dia.Sorry...!!

Saturday, May 22, 2010

Di Sunway Lagoon

Selamat sejahtera sekalian kawan-kawan.. Apa khabar? Harapkan sihat selalunya..

Pada 21 Mei 2010 iaitu hari Khamis, Nero yang cadangkan Politeknik Ipoh dan Politeknik Johor Bharu pergi di Sunway Lagoon. Kita berkumpul di KL Sentral jam 9 pagi. kita sudah bersedia tapi ada 4 orang kawan Nero datang lambat. Kita kena tunggu 20 minit.

Namun ada 2 orang kawan Poh dari Johor belum sampai di sini. Mereka akan datang pada tengah hari. Kita tinggalkan dia dan kawan dia. Sudah nak naik Komuter dari KL Sentral ke Subang Jaya. Kemudian naik bas mini. Belum bertolak kerana nak tunggu pelanggan naik bas ini. Kita tak tahan panas. Sekarang bertolak..

Sudah sampai di Sunway Lagoon,kita berjalan kaki di tempat berenang.. Kaunter berenang belum buka lagi. Akan buka jam 11 pagi. Kita tunggu 25 minit. Kawan tak sabar nak berenang, heh.. Kawan nak salin tukar baju dan kumpulan telefon bimbit, dompet dan barang-barang yang penting di dalam beg. Terletak di almari.. Tapi Eva bawa telefon bimbit Eva dan wang sendiri. Eva jaga sendiri.

Mulanya kita pergi bermain berenang dengan seronok. Kita juga tangkap gambar dan main berenang di sekitar Sunway Lagoon. Main seronok dengan gembira. Tiba-tiba kawan Nero main dengan degil. Kepala Eva sudah pening dan muntah. Eva tahan sakit dan tak nak main lagi. Hati Eva kurang sihat. Aduh,nakal kawan Nero iaitu Izan..

Alamak, Nero sebut Eva main.. T.T Eva paksa tutup mata semasa nak main. Eva jalan kaki lambat. Eva tak semangat lagi. Nero beri Eva main dan tak nak tinggalkan Eva. Nero nak Eva main sekali sahaja. Eva paksa saja dan ikut Nero dan Ezie. Wow,main selama 4 jam. Kita makan roti campur strawberry dan coklat. Kita perlu rehat sahaja. Tunggu makan dulu baru pergi mandi. Heh..

Kemudian kita pergi mandi di bilik mandi perempuan. Eva nak mandi tapi belum dapat shampoo kerana kawan Ezie gunakan shampoo. Eva tunggu dan ambil shampoo. Lepas itu, Eva mandi dengan lega dan selesa. Lepas itu, kita perlu bersedia siap salin baju dengan baik dan cantik. Heh.. Kita pergi tempat yang kita rehat tadi.

Lepas itu, kita pergi jumpa kawan di Mc'donals Sunway Lagoon Pyramid. Ada setengah kawan sudah makan dan belum makan.. Nero dan kawan Nero belum makan. Nak makan di Mc'donals. Terus balik di Komuter KL Sentral. Tiba-tiba kawan Nero bersembang Nero.. Kawan Nero nak berlatih bowling untuk bertandingan bowling. Kawan Nero sangat rindukan Nero. Nero dan kawan Nero terus balik..... Bas mini belum sampai. Kita bual dan Eva rehat saja.

Bas mini sampai dan terus Komuter dari Subang Jaya ke KL Sentral. Kita pergi bersama-sama.. Nero dan kawan Nero peergi di Hotel Times Square dekat Times Square bermalam seharian. Eva dan Ezie balik rumah Eva. Lewat malam, kita keluar makan.. Lepas itu kita tidur.

Eva sudah ceritakan sepanjang pagi sampai malam. Eva letih dan kurang sihat. Sekarang Eva nak rehat. Eva ingin ucapkan terima kasih atasan dengar cerita dari Eva. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum..

Monday, May 17, 2010

Web baru

Selamat sejahtera sekalian kawan-kawan yang dikasihi. Hari ini cuaca panas.. Sudah lama Eva tak ceritakan pada blogspot ini. Nama web 'www.rainero.blogspot.com', Eva sudah lupa no password. Sekarang Eva kena ambil web baru. Nama web baru 'www.nerainezieforever.blogspot.com'.

Harapkan anda akan membaca blog Eva dengan faham. Jika anda tak faham, boleh beri pendapatan pada anda.. Eva akan cuba ubah sendiri. Kerana Eva ingin tahu apa kesilapan Eva.. Eva suka tuliskan pada blog ini. Eva nak luahkan perasaan supaya kongsi pengalaman.