Selamat sejahtera sekalian kawan-kawan.. Apa khabar? Harapkan sihat selalunya..
Pada 21 Mei 2010 iaitu hari Khamis, Nero yang cadangkan Politeknik Ipoh dan Politeknik Johor Bharu pergi di Sunway Lagoon. Kita berkumpul di KL Sentral jam 9 pagi. kita sudah bersedia tapi ada 4 orang kawan Nero datang lambat. Kita kena tunggu 20 minit.
Namun ada 2 orang kawan Poh dari Johor belum sampai di sini. Mereka akan datang pada tengah hari. Kita tinggalkan dia dan kawan dia. Sudah nak naik Komuter dari KL Sentral ke Subang Jaya. Kemudian naik bas mini. Belum bertolak kerana nak tunggu pelanggan naik bas ini. Kita tak tahan panas. Sekarang bertolak..
Sudah sampai di Sunway Lagoon,kita berjalan kaki di tempat berenang.. Kaunter berenang belum buka lagi. Akan buka jam 11 pagi. Kita tunggu 25 minit. Kawan tak sabar nak berenang, heh.. Kawan nak salin tukar baju dan kumpulan telefon bimbit, dompet dan barang-barang yang penting di dalam beg. Terletak di almari.. Tapi Eva bawa telefon bimbit Eva dan wang sendiri. Eva jaga sendiri.
Mulanya kita pergi bermain berenang dengan seronok. Kita juga tangkap gambar dan main berenang di sekitar Sunway Lagoon. Main seronok dengan gembira. Tiba-tiba kawan Nero main dengan degil. Kepala Eva sudah pening dan muntah. Eva tahan sakit dan tak nak main lagi. Hati Eva kurang sihat. Aduh,nakal kawan Nero iaitu Izan..
Alamak, Nero sebut Eva main.. T.T Eva paksa tutup mata semasa nak main. Eva jalan kaki lambat. Eva tak semangat lagi. Nero beri Eva main dan tak nak tinggalkan Eva. Nero nak Eva main sekali sahaja. Eva paksa saja dan ikut Nero dan Ezie. Wow,main selama 4 jam. Kita makan roti campur strawberry dan coklat. Kita perlu rehat sahaja. Tunggu makan dulu baru pergi mandi. Heh..
Kemudian kita pergi mandi di bilik mandi perempuan. Eva nak mandi tapi belum dapat shampoo kerana kawan Ezie gunakan shampoo. Eva tunggu dan ambil shampoo. Lepas itu, Eva mandi dengan lega dan selesa. Lepas itu, kita perlu bersedia siap salin baju dengan baik dan cantik. Heh.. Kita pergi tempat yang kita rehat tadi.
Lepas itu, kita pergi jumpa kawan di Mc'donals Sunway Lagoon Pyramid. Ada setengah kawan sudah makan dan belum makan.. Nero dan kawan Nero belum makan. Nak makan di Mc'donals. Terus balik di Komuter KL Sentral. Tiba-tiba kawan Nero bersembang Nero.. Kawan Nero nak berlatih bowling untuk bertandingan bowling. Kawan Nero sangat rindukan Nero. Nero dan kawan Nero terus balik..... Bas mini belum sampai. Kita bual dan Eva rehat saja.
Bas mini sampai dan terus Komuter dari Subang Jaya ke KL Sentral. Kita pergi bersama-sama.. Nero dan kawan Nero peergi di Hotel Times Square dekat Times Square bermalam seharian. Eva dan Ezie balik rumah Eva. Lewat malam, kita keluar makan.. Lepas itu kita tidur.
Eva sudah ceritakan sepanjang pagi sampai malam. Eva letih dan kurang sihat. Sekarang Eva nak rehat. Eva ingin ucapkan terima kasih atasan dengar cerita dari Eva. Sekian,terima kasih. Assalamualaikum..
Saturday, May 22, 2010
Di Sunway Lagoon
Dicatat oleh RaiNero di 11:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment