Pada hari Khamis, kita didapti tahu berita dari facebook.. Berita tergempar itu adalah PDA di Ipoh akan buat program alat pendengaran percuma bagi orang kurang pendengaran hari Sabtu dan Ahad iaitu 22 OKT 2011 - 23 OKT 2011 bertempatan di YMCA IPOH.
Pada Jumaat iaitu 21 OKT 2011 pagi ini, kita kerja seperti biasa. Lepas ini, kita bincang pasal bajet di Ipoh selama 2 hari.. Kita tak masalah apa-apa yang ditinggalkan. Lepas habis kerja, kita balik dari kerja. Kita mengemaskan pakaian yang diperlukan dan barang-barangan keperluan untuk bermalam di sana.
Pada pukul 8 malam, kita nak pergi makan dulu. Tiba-tiba kawan suami Ezati yang hantar mesej pada suami Ezati. Kawan suami Ezati berkata "datang di rumah saya, saya ada hal nak bincang awak". Jadi suami Ezati nak pergi di rumah kawan suami Ezati. Kawan Ezati ada nak bincang suami Ezati. Ezati tak buat apa-apa dan hanya tengok orang bual... Kemudian ada orang dah di sini, Ezati borak kawan sampai pukul 10 malam. Kawan suami Ezati nak bincang utk pergi di IPOH. Dia nak ikut suami Ezati... Alamak.....
Kemudian, dia nak dapati alat pendengaran percuma. Jadi dia nak ikut kita pergi di IPOH dan nak lawatan di Ipoh. Jadi kita tak ada hak. hehehe...
Kita baru bertolak di Ipoh dari rumah kawan suami Ezati pada pukul 11.00 malam. Kita terus perjalanan ke Ipoh. Ezati tido di belakang kereta. Kemudian, suami nak bertukar kerana suami Ezati mengantuk. Kawan suami Ezati yang memandu kereta. Kita berada di Rawang. Tiba-tiba ada polis memeriksa di jalan ini, polis suruh kita berhenti di tepi jalan. Suami Ezati mengejutkan Ezati. Ezati terbangun dari tido.
Tanya, apasal polis nak jupe kita. Polis nak menyemak lesen dan kad pengenalan. Polis menyemak kereta ada insuran. Alamak, insuran kereta dah tarikh luput iaitu 10 SEPT 2011. Kita belum bayar.. Polis kena menulis saman untuk kereta. Tiba-tiba polis beri peluang kita boleh memandu. Tak payah saman. Alhamdulillah...
Kita rehat di tempat KFC, Tg Malim.. Kita nak kencing di tandas. Haha... Kemudian kita rehat di KFC sambil borak... Malangnya, KFC tak ad WIFI. Apa yang kita nak buat? Jadi kita terus pergi di Ipoh. Kita dah sampai di Ipoh pada pukul 5.30 pagi. Kita pergi di cafe computer. Kita nak main game dan tengok facebook. Belum sampai pukul 8 pagi.
Sampai 7.30 pagi, kita keluar dari cafe computer. Kita pergi di kedai makan untuk makan sarapan dan borak. Lepas ini, kita pergi di YMCA Ipoh. Di sana, orang sikit yang datang. Kita pergi daftar nama, alamat, dan kad pengenalan. Kemudian, beri orang menyemak telinga orang masing-masing supaya tengok keadaan telinga.
Kita kena tunggu dan ikut nombor bergilir-gilir. Sekarang nombor giliran punya Ezati dah sampai, Ezati pergi tempat kosong. Sukarela yang buat acuan telinga. Kita tunggu acuan telinga dah kering, baru keluar acuan telinga dari telinga. Kemudian, acuan telinga simpan di dalam plastik dan sukeralwan yang simpan. Dah habis buat, kita boleh balik. Masa sikit je..
Kita nak balik. Suami Ezati nak makan di restoran. Kita pun ikut suami Ezati.. Hehehe... Kita nak rehat dan makan di restoran. Kebetulan kawan suami Ezati belajar di Politeknik Ipoh datang di restoran. Hanya ada seseorang je yang datang. Kemudian ada 2 orang datang. Lagi tambah orang datang lagi. Lagi ramai datang di restoran kita. Ramai orang yang nak jupe suami Ezati. Malangnya, tak cukup duduk. Terpaksa, kita duduk sempit dan rapat. Kita makan tengah hari bersama-sama.
Suami Ezati bercadang nak berseronok di Pulau Pangkor untuk seronok berenang, berjalan-jalan, lawatan dan lain-lain. Jadi kita bertolak ke Pulau Pangkor. Tiba-tiba ada berlaku pada isteri kawan. Alamak, rancangan tak teratur. Isteri kawan yang ditinggal di jalan Nilai, Negeri Sembilan. Motor isteri kawan yang rosak. Dia kata dia tak jadi pergi seronok. Dia nak pergi layanan isteri dia. Jadi Kita hantar dia di bas station, Medan Gopeng, Ipoh.
Kita bertolak di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor tak jadi. Tiba-tiba, suami Ezati nak ikut Ezati pergi di Cameron Highland. Kita tengah perjalanan ke Cameron Highland. Tiba-tiba kawan yang hantar mesej pada suami Ezati. Dia kata tak jadi balik di Kuala Lumpur. Dia nak ikut kita pergi seronok di Cameron Highland. Alamak, jalan ini tak boleh patah balik kerana jalain ini sempit dan bahaya. Kita tak dapat patah balik dan ambik kawan.
Dia kata tak pe dan duduk di Mc'donalds. Kita dah sampai di Cameron Highland. Kita nak menempah bilik di hotel untuk bermalam dan berehat. Susahnya mencari hotel... Hotel itu dah memenuhi, orang pelanggan dah menempah bilik tidur di hotel.
Kita terus mencari hotel tempat lain. Kita memang penat dan mencari hotel. Akhirnya, kita dah dapati hotel. Kita terus menempah bilik tidur segera supaya bilik tidur tak habis. Alhamdulillah.... Kita dah dapati bilik tidur di hotel. Tdur denagn selesa dan nyaman dari cuaca sejuk. Bilik tidur tak ada air condition kerana tempat ini sangat sejuk.. Hotel dekat dengan hutan nyaman.
Pukul 7.30 malam, kita keluar dari bilik tidur. Kita nak jalan-jalan di pasar malam, Cameron Highland. Harga Cameron Highland murah dan menarik. Ramai orang suka tempat Cameron Highland. Kemudian, kita membeli makan barangan dari Cameron Highland.
Lepas pasar malam, kita balik hotel.. Kita dah penat memandu kereta memang jauh dan susah dapati hotel. Kita makan malam dan borak. Lepas ini, kita mandi masing-masing. Sejuk sangat lepas mandi. Ezati pakai baju tebal. Kita tengok tv bersama-sama. Tiba-tiba kita mengantuk. Kita tidur bersama-sama. Penat sangat...
Esok pagi ini, kita kena bersedia siap untuk keluar dan daftar keluar dari hotel. kita nak jalan-jalan di Cameron Highland. Mana tahu, kaunter belum buka lagi? Macam mana kita nak hantar kunci pada kaunter tu? Kita terpaksa bawak kunci dan jalan-jalan di Cameron Highland.
Kita nak mencari restoran untuk makan pagi. Kita makan bersama-sama.. lepas ini, kita pergi hotel tempat sama yang kita pernah tidur itu. Kita nak hantar kunci bilik tidur. Kaunter ini dah buka.
Akhirnya, kita terus pergi di tempat kilang teh. Teh ini diperbuat dari daun Cameron Highland. Kita harus tahu apa itu teh.. Baru2 ini, kita belajar rasa teh dan cara-cara buat menjadi teh. Teh Cameron Highland memang sedap dan menarik. Bau teh pun segar. Cameron highland memang popular dan terbaik.
Kemudian, kita terus balik dari Cameron Highland ke Kuala Lumpur. Kita berehat di tempat rehat dan makan tengah hari bersama-sama. Lepas ini, kita terus balik... Kita nak sampai di rumah dengan selamat. Alhamdulillah, kita dah sampai di rumah. Kita terus tidur di bilik tidur. Memang penat tapi seronok di Cameron Highland.
Kita memang ada simpan kenangan manis dan seronok di Cameron Highland. Ezati tak dapati lupakan. Hehe... Senyum..
Selamat jalan di Cameron Highland. Jumpa lagi........
Monday, October 24, 2011
Dapat Alat Pendengaran Percuma Di Ipoh Dan Seronok Di Cameron Highland
Dicatat oleh RaiNero di 11:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment